Sejarah

Pertanyaan

5.Bagaimana Peran Kaum Terpelajar Dalam Revolusi Rusia?

1 Jawaban

  • Anak muda dan kumpulan mahasiswa merupakan lapisan yang paling aktif dalam sesebuah masyarakat. Dibekalkan dengan idea-idea yang baru dan akses kepada medium pendidikan, golongan anak muda dapat melihat lebih jauh jika di banding dengan kelas pekerja atau rakyat tertindas. Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam mewujudkan nilai baru bagi mengembangkan ekonomi, gerakan anak muda sering menjadi inspirasi kepada gerakan yang lebih besar yang melibatkan massa. Seperti yang dilihat di 1968 Perancis, Reformasi Indonesia 1998, Revolusi Mesir dan Tunisia baru-baru ini, kebanyakan gerakan massa ini telah dimulakan oleh golongan anak muda yang berani dan tulus.

    Walau bagaimanapun, setiap perjuangan yang telah berlaku tidak berjalan dengan lancar akibat kekurangan kejelasan mengenai rentak perjuangan massa. Di sini, golongan intelektual mempunyai tanggung jawab yang besar dalam melengkapkan sesebuah gerakan anak muda supaya ia boleh menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk turut berjuang bersama mereka. Jika golongan pemerintah atau pihak kapitalis dapat mengasingkan gerakan anak muda daripada massa, maka perjuangan mereka tidak dapat membuahkan hasil. Anak muda perlu menyusun diri mereka ke dalam sebuah organisasi politik yang dapat membawa aspirasi massa kehadapan supaya dapat menarik sokongan daripada majoriti rakyat. Tanpa sebuah strategi dan taktik yang tepat, anak muda tidak dapat memimpin massa ke arah sebuah perubahan tulen dan ini yang berlaku di Mesir dan Tunisia sekarang.

    Kesukaran yang wujud bagi seseorang intelektual dalam menyedari peranan mereka dalam masyarakat adalah berpunca daripada pengasingan diri mereka daripada gerakan rakyat. Pengasingan ini berlaku disebabkan posisi mereka dalam masyarakat yang terlalu tinggi untuk menyedari realiti golongan majoriti atau kelas pekerja. Seringkali didapati bahawa individu intelektual memberikan komen, ulasan dan analisa daripada keselesaan bilik berhawa dingin dan langsung tidak pernah merasa keperitan hidup seharian seorang pekerja biasa. Keterlibatan golongan intelektual secara langsung dalam kerja-kerja membina organisasi politik dan kerja akar umbi adalah amat penting bagi menghasilkan sebuah perspektif politik yang dapat digunakan dengan efektif dalam gerakan rakyat.


    Kelas pekerja dengan sendiri hanya akan melanjutkan perjuangan mereka sehingga ke tuntutan ekonomi sahaja. Usahasama daripada golongan kelas menengah seperti intelektual dan anak muda adalah amat penting untuk membawa perjuangan kelas pekerja ke arah tuntutan politik. Segolongan lapisan sedar daripada kelas pekerja perlu bergabung dengan intelektual proletar dan anak muda bagi mewujudkan sebuah organisasi yang menuntut untuk perubahan politik. Golongan intelektual mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk membantu dalam pembinaan parti revolusioner dan menguatkan organisasi kelas pekerja.

    Peranan golongan intelektual telah dirumuskan oleh Karl Marx dalam satu ayat yang berbunyi -‘ahli falsafah sehingga kini hanya telah mentafsir dunia dalam pelbagai cara, walau bagaimanapun, tugas mereka adalah untuk mengubah dunia’.

Pertanyaan Lainnya